Perdana Menteri Ke Enam


Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah anak sulung dari enam orang adik beradik hasil perkahwinan Abdul Razak dan Tunku Rahah. lagi adik beradiknya ialah Nazim, Nazir, Nazri Aziz and Johari.


Beliau telah berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan perkahwinan pertama itu gagal. Perkahwinan beliau yang kedua ialah dengan Datin Seri Rosmah Mansor. Perkahwinan ini telah mengurniakan mereka 3 orang anak lelaki iaitu Nizar, Nazifuddin and Norashman, dan dua anak perempuan iaitu Puteri Norlisa and Nooryana Najwa. Bagaimanpun ,ada desas desus yang mengatakan bahwa isteri artis, Abang Asmara atau Fazley adalah anak najib dengan isteri pertama beliau. Apapun, saya sedang mencari kebenarannya.


Najib menerima pendidikan awal dan menengah di St. John's Institution, Kuala Lumpur, kemudian melanjutkan pelajaran di Malvern College in Worcestershire, England. Kemudiannya meneruskan pengajian di University of Nottingham, dan menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Industri pada tahun 1974.

Menjadi ahli Dewan Rakyat termuda setelah menang tanpa bertanding untuk Parlimen Pekan selepas kematian bapanya. Beliau telah menjadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1978. Beliau dilantik menjadi Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. Antara jawatan yang pernah di pegang dalam kabinet ialah Timb. Menteri Pendidikan, Timb. Menteri Kewangan, Menteri untuk portfolio Kebudayaan, Belia dan Sukan, (kemudiannya ditukar nama menjadi Kementerian Belia dan Sukan sahaja) dan Menteri Pendidikan.


6 March 2009, Najib dipilih untuk menjadi Presiden UMNO. Pada era Pemerintahan Tun Lah, (cam kelakar nak sebut) beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan,(dia memegang jawatan ini sebelun menjadi TPM lagi) seterusnya bertukar portfolio Menteri Kewangan dengan Tun Lah yang mengambil alih Menteri Pertahanan. Ini adalah sebahagian dari pelan penyerahan kuasa yang telah dijanjikan. Untuk makluman semua, jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah diwujudkan secara konvensyen, dan jawatan ini tidak pernah tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia.


Antara isu yang menyelubungi beliau sekarang ialah Pembelian Eurocopter, Kematian Altantuuya, urusan kapal selam Scorpene, Sumpah, Raja Petra, Balasundram dan beberapa isu lagi. Ingin dijelaskan kepada semua bahawa ada ada beberapa tuduhan dan isu ke atas beliau masih belum dapat dibuktikan. Semoga sesiapa yang ada bukti, boleh kongsikan dengan penulis.

Apapun, kami golongan marhaen, tetap menunggu lebih banyak keputusan dari Tuan PM. Kembalikanlah jantung bangsa kami , agar degup nadi dan nada resah bangsa dan budaya kami, ada bahasa indah untuk memahaminya. Bawalah negara kami ke mercu setinggi mungkin, dan dalam perjalanan nanti jangan dilupa pada kami sang marhaen. Cangkul, tukul dan parang kami adalah nafas yang menghidupkan dunia kami, sang marhaen. Kami rindu suatu masa dulu, PM.


Tinta Marhaen

1 comments:

madeeha muhammad said...

iye ker?????xsangka sy fazley tu.....ish, xkot....