Buat PM

Bersiasahkah berita di dalamnya?

Semoga dia lebih faham, bebanan yang dibawa atas nama perjuangannya..

Zalim? Why? Ermmm, maybe...

Ermmm, Apa yang menarik perhatian saya ialah, sebaik sahaja dia dilantik menjadi Perdana Menteri Ke Enam, dia terus menarik balik sekatan keatas akhbar Harakah dan Siasah, akhbar yang penuh dengan cerita fitnah, palsu dan menceritakan keburukan orang lain Selain itu, Najib juga telah membebaskan 13 orang tahanan ISA serta mengumumkan kajian semula terhadap ISA akan dimulakan segera. Semoga ia akan begini selamanyadan tidak untuk populariti.

Saya suka memerhati dengan mata yang bisu dan telinga yang buta. Jadi, selepas melihat ini, saya perlu bertinta atas dasar seorang marhaen. Ketepikan dulu idealogi politik anda kerana kebaikan, pada sesiapapun ia berada, dia tetap kebaikan. Tiada yang boleh nafikan, untuk sementara waktu ini. Ini satu langkah pertama yang baik dan semoga ia tidak terhenti untuk seratus hari pertama sahaja.
Sebenarnya, Najib ada laluan mudah untuk berkhidmat untuk rakyat kerana dia sudah disediakan 2 kayu ukur yang berbeza dan kemas. Tun M, walaupun bukan terbaik dari segala, adalah kayu ukur terbaik bagi Najib, dan Tun L, adalah garis panduan kepada segala kesilapan agar tidak berulang lagi. Ini bukanlah bermakna Tun L yang terburuk kerana Najib perlu belajar dari ketenangan wajah Tun L dalam menerima segala tohmahan.


Suka saya untuk menulis tentang akhbar yang ditahan pengeluarannya itu. Alangkah baiknya jika kedua-dua akhbar ini melebihkan cerita dan berita tentang apa yang telah mereka buat, apa dakwah yang telah dijayakan, dan lain-lain maklumat yang lebih berunsur informatif yang positif. Apapun, penerbitan kedua-dua majalah ini tidak boleh dihalang sama sekali kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan akhbar dan hak bertanding diatas padang yang sama rata untuk sebuah parti politik. Kalaupun nak halang penerbitannya, kena halang juga penerbitan Majalah Mangga,contohnya, yang sering memaparkan gambar artis muda yang gebu dengan separuh payudara terdedah, skirt singkar paras pangkal paha dan gambar lelaki kacak dan tough itu di kolam renang dengan seluar pendek dan bertuala.

Buat PM, kami golongan marhaen, tetap menunggu lebih banyak kejutan yang indah dari Tuan PM. Kembalikanlah jantung bangsa kami , agar degup nadi dan nada resah bangsa dan budaya kami ini ada bahasa indah untuk memahaminya. Bawalah negara kami ke mercu setinggi mungkin, dan dalam perjalanan nanti jangan dilupa pada kami sang marhaen. Cangkul, tukul dan parang kami adalah nafas yang menghidupkan dunia kami, sang marhaen. Pacat itu mungkin melukakan Tuan PM, tapi kami telah menjadi sahabat dengannya PM.



Buat PM lagi, jadilah diri sendiri. kami sudah muntah melihat pemimpin kami diboneka oleh orang lain, menatu lah, kawan sepolitik lah, rakan separti lah. Ada kawan saya terus meninggal Tuan PM bila dengar cerita boneka ni. Harap Tuan PM tidak begitu. Rumah kami itu, sudah lama tiris bila hujan. Tapi ,kami tak minta duit Tuan, kami nak tanya ada ke tak peruntukan untuk baiki gubuk kami? Kadang-kadang, Malam indah kami bersamapun terganggu kerana lubang yang tercipta secara tidak sengaja di dinding kami, Tuan. Tuan, ada kawan kami dulu, bercerai kerana isterinya malu bila tau ada orang rakam aksi malam mereka dengan telefon bimbit.

Tuan, nak cakap sikit boleh? Tuan guna la Bahasa Malaysia dalam blog Tuan. Kami orang malaysia Tuan, marhaen pula tu, tak faham bahasa penjajah ni.


Barang-barang mahal sekarang ni Tuan, tak ada jalan ke nak turunkan balik? Penat sikit lah Tuan, anak ramai, lampin anak lagi, sewa rumah lagi. Kalu harga turun, ok la sikit ye dak?


Tuan, buatla sesuatu yang lebih bagus Tuan. Takut saya dengar bila ada cerita orang kena bunuh tiap-tiap hari. Ishhh, isteri saya yang sarat mengandung tu, anak sulung kami yang sedang mekar mungil tu, risau saya Tuan.

Lagi satu Tuan, maafla ye, anak saya yang umur 6 tahun marah saya semalam. Dia cakap, ayah suruh adik pakai tudung, tu isteri Perdana Menteri tak pakai? Mana aci.. Nak jawab apa Tuan PM? Saya terkelu waktu itu...

Kami rindu suatu masa dulu, PM. Suatu masa yang......

Tinta Marhaen

0 comments: