salam...



Memulai sesuatu yang begini mungkin mudah bagi yang biasa, tapi bukan bagi aku. Jadi, dengan sepenuh kudrat marhaen ini, kucuba indahkan laman ini sewangi mungkin. Khalil Gibran yang sarat emosi itu kujadikan pemula, dan perjalanannya masih entah bagaimana. Kepada pembaca, yang kuanggap semua sahabatku, rasa hati Khalil ini panduan untuk kita berhubungan...

Aku mencari semua, sesiapa yang mungkin. Politikus? Aku juga kepingin meladeni teori duniamu yang lain dari kebiasaan itu. Para pengkarya? Aku merinduimu kerana dari satera inilah aku mula mengenali diri dan membina peribadi. Pencinta? Sememangnya aku dimabuki cinta, kerana tanpa Cinta, aku mungkin mati lebih awal dari yang sepatutnya.

Pengkritik, aku mengagumi kepantasanmu mengesan cacat dan semoga ia berguna untuk diriku. Bola sepak? lihat aja bajuku diatas, lambangnya apa? Liverpool, Arsenal bermain baik, tapi trofinya dimana? Kaki pancing? Aku turut memiliki hobi yang paling membuang masa tapi menyeronokkan ini.

Golf, sudi saja aku turun kelapangan, belajar, mengajar dan bermain. Pengayuh basikal? aku meminati sukan yang memberi kesihatan zahir dan batin ini, lalu akupun turut memiliki sebuah basikal taraf marhaen.

Aku mencari semua, dari yang paling marhaen seperti aku sehinggalah se"aristokrat" sepertimu. Paling besar dalam rasaku yang berharap, aku mampu mencari sahabat seramai mungkin, meluaskan dunia, melebar langkah, mengepak sayap dan berkongsi segala.

Buat semua, ayuh berbicara dengan hatimu disini tentang apa sahaja. Tiada yang bisa menghalangmu. Luahkanlah sesuatu andai itu bisa meringankan sarat dukamu.

Semoga laman ini semeriah hidup mereka yang gembira di luar sana, dan memberi pelangi buat yang berduka.

Tinta Marhaen.

0 comments: