Asal usul lagu Terang Bulan.

Lagu Terang Bulan..


Antara 10 perkara paling meluat sepanjang hidup saya ialah mengenai isu ini. Indonesia, tapi saya lebih suka menggunakan Indon, telah mendakwa bahwa lagu NEGARAKU sekarang ini adalah berasal dari ciptaan dan hasil seni negaranya. lagu tersebut kononnya diberikan dengan ihsan Bung Karno melalui Saiful Bahri. Berdasarkan sejarah Negara Indon, lagu ini agak popular di Indon suatu ketika dulu dan dijadikan lagu rasmi bagi memulakan persembahan bangsawan di negara serba miskin itu.

Sebenarnya, perangai orang miskin yang tidak memiliki apa-apa memang begini. Diambilnya dari orang lain, dan dicanangkan pada dunia bahawa itu miliknya. Memalukan dan memualkan betul.

Lagu tersebut telah diciplak oleh warga negara terdesak ini dari lagu asal ciptaan ahli muzik Perancis bernama Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Karya-karya Beranger digunakan oleh Napoleon Bonaparte sebagai lagu-lagu semangat untuk ketenteraan, trademark dan urusan penaklukannya(march band) ketika itu.

Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles pada tahun 1876-1892, setiap petang akan bersiar-siar di padang awam di pulau itu, yang dipanggil Mahe.

Di kawasan padang permainan itu, ada wakaf tempat brass band memainkan lagu-lagu march . Salah satu lagu yang dimainkan itu sangat menarik dan dihafal dalam memori Tengku Mariam yang juga seorang pemain biola. Apabila mereka kembali pada tahun 1892, lagu itu kemudian diangkat menjadi lagu negeri Perak.

Dalam satu pertandingan memilih lagu Kebangsaan Persekutuan Malaya sempena hari kemerdekaan, lagu negeri Perak dengan senikata baru telah memenangi pertandingan tersebut dan telah menjadi lagu kebangsaan.

Bagi lebih 27 juta rakyat Malaysia, lagu kebangsaan itu dikenali sebagai Negaraku bukan Terang Bulan.

Jadi, dimanakah hebatnya negara yang mempunyai peminta sedekah di segenap pojok negaranya ini? Rupanya susah juga menjadi miskin seperti Indonesia.


0 comments: